Kanak-kanak | Remaja | Dewasa Dan Ke Atas
Akan Datang: Kelas Hafazan & Kelas Tadabbur
Yuran serendah RM140 sebulan mengikut pakej tertentu
Anda boleh pilih masa yang sesuai untuk belajar mengaji
Kami memiliki guru yang mahir dalam bidang al-quran
Pelajar/pemohon boleh memilih bilangan kelas, bilangan pelajar dan masa kelas mengikut pakej yang telah disediakan.
Pelajar/pemohon perlu memahami panduan pelajar yang telah ditetapkan supaya tidak timbul kekeliruan.
Pelajar/pemohon perlu melengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan untuk memudahkan proses pencarian guru mengikut pemohonan pelajar. Kemudian, pelajar perlu membuat pembayaran pendaftaran(deposit sudah dimansuhkan) sebanyak RM30 sahaja.
Masa menuggu adalah bergantung kepada persediaan kami mendapatkan guru. Kebiasannya permohonan mendapatkan ustaz lebih mudah dan cepat berbanding ustazah.
Kami akan maklumkan kepada guru tersebut dan meminta pelajar menghubungi guru tersebut untuk berbincang permulaan kelas mengaji.
Kelas dijalankan secara private dan online melalui aplikasi zoom,google meet dan lain-lain.
Semua peringkat umur dibolehkan untuk belajar al-quran. Minimum umur adalah 4 tahun atau sudah boleh berkomunikasi.
Ya, memang kami kenakan yuran yang agak tinggi untuk tampung kos minyak kenderaan ustaz/ustazah, kos masa yang diperuntukkan untuk mengajar dan kos pengurusan alqori. Kami tidak caj yuran untuk silibus mengajar. Silibus pembelajaran bergantung kepada tahap kemampuan pelajar tersebut.
Yuran pengajian boleh dibayar hujung bulan melalui transfer secara online atau offline(kelas fizikal dan online sahaja).
Kelas ganti boleh dibuat mengikut masa yang sesuai antara pelajar dan guru.